rss

3 Tanda Kotornya Hati

Posted by monita85 | Posted in

1. Dengki

Amat cepat dengki dengan kemajuan orang lain. Bukan sekadar cemburu, tapi berusaha menjatuhkan sesiapa saja yang didengki olehnya. Orang sebegini bijak bersandiwara.

2. Tamak

Asyik mahu membolot semua kelebihan yang ada, merasa dia lebih layak mendapat lebih berbanding orang di sekelilingnya.

Orang yang tamak tak pernah bersyukur, bahkan mereka merasa nikmat yang ada masih belum cukup. Oleh kerana itu, mereka sentiasa berusaha membolot hak milik orang lain dengan apa cara sekalipun, tak kira dengan walau caranya haram.

3. Banyak Bercakap Seolah-olah Dia Tahu Semua Perkara.

Biasanya orang sebegini mahu dirasakan kehadirannya penting.

Oleh itu, dia akan banyak bercakap, sangat banyak untuk memperlihatkan yang dia tahu banyak perkara dan mahu memberitahu minda orang bahawa dia boleh bercerita pasal apa saja.

Tapi, dia tak pernah ambil tahu sama ada apa yang dia ceritakan itu bohong, khabar angin atau fakta.

Anda perlu berhati-hati dengan orang sebegini, kerana mereka bijak membuat fitnah dan pandai berlakon. Dia pandai membuat fakta dan biasanya, lebih banyak bercakap daripada bertindak melakukan apa-apa.

Muhasabah diri Anda. Andai sikap sebegini ada pada Anda, ubah segera hari ini juga!.

Pilih untuk menjadi orang yang cemerlang.

Cemerlang dari segi sikap, perangai, tutur kata dan fikiran.


Kaedah dan Adab Berdoa

Posted by monita85 | Posted in

# Hendaklah dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar selain memakai pakaian bersih serta tempat berdoa yang selesa.

# Menghadap kiblat dan berdoalah dengan khusyuk tawaduk selain merendah diri kepada Allah.


# Doa dimulakan dengan membaca al-Fatihah atau memuji Allah sekurang-kurangnya, “Alhamdulillahirabbilalamin” diikuti dengan membaca selawat atas nabi.

# Angkat tangan hingga kelihatan kedua-dua ketiak disamping perut anak jari menghadap ke atas.

# Selepas selesai berdoa, sapukan kedua-dua tangan ke muka.

# Berdoa perlulah dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan memperkenankan doa kita itu. Jangan sekali-kali berdoa dalam keadaan hati lara dan lalai atau kurang yakin kemahuannya.

Rasulullah bersabda, maksudnya: Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan penuh yakin Dia akan memperkenankan doa kamu. Dan, ketahuilah sesungguhnya Allah tidak akan memperkenankan doa daripada hati yang lalai atau keluh kesah. (Riwayat At-Tarmizi).

# Setiap orang Islam hendaklah banyak berdoa kepada Allah ketika dalam keadaan senang atau mudah supaya Allah akan memperkenankan doanya dalam keadaan susah.

# Berdoa dengan suara yang perlahan dan merendah diri selain mengakui segala kesalahan serta dosa-dosa yang pernah dilakukan.

Firmah Allah yang bermaksud: Berdoalah kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan (Surah al-Araaf ayat 55).

# Sebaik-baik doa ialah dengan kata-kata yang mudah dan ringkas serta mempunyai pengertian yang luas, contohnya:

“Ya, Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka”.

# Untuk memohon sesuatu hajat, ulangi perkara itu sekurang-kurangnya tiga kali

# Jangan sekali-kali berdoa untuk meminta sesuatu keburukan atau kejahatan, perpecahan dalam masyarakat atau keluarga. Ingat, apabila berdoa jangan meminta sesuatu yang mustahil.

# Jangan mudah merajuk apabila doanya tidak dikabulkan Allah. Sebaliknya hendaklah bersabar dan terus berdoa selain berserah diri kepada Allah.

# Sebelum mengakhiri dengan ucapan Amin, setiap doa perlu ditutup dengan selawat ke atas Nabi s.a.w selain puji-pujian kepada Allah.


Waktu-waktu Doa Mustajab

Posted by monita85 | Posted in

  • Di tengah malam atau sepertiga malam yang akhir
  • Selepas solat fardu
  • Berdoa di tempat sunyi supaya khusyuk
  • Ketika dalam peperangan atau darurat
  • Ketika sujud
  • Ketika dizalimi orang
  • Ketika musafir
  • Bapa mendoakan kebaikan anak
  • Ketika wukuf di Padang Arafah
  • Selepas solat Subuh sebelum terbit matahari
  • Selepas solat Asar
  • Ketika mahu berbuka puasa
  • Ketika sakit
  • Doa pada malam Lailatulqadar
  • Doa pada malam Jumaat
  • Doa dalam Masjidil Haram
  • Berdoa dalam Masjid Nabawi (terutama di Raudhah)
  • Berdoa di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis
  • Apabila khatam membaca al-Quran
  • Doa raja yang adil
  • Doa anak yang taat kepada ibu bapa
  • Doa ketika tawaf mengelilingi Kaabah
  • Berdoa dekat Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah) di Masjidil Haram
  • Berdoa di Hijr Ismail
  • Berdoa di mana juga masjid kerana ia rumah Allah